Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menitiskan air mata di Kongress Khas PKR 2023 di sini hari ini.
Beliau dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan sebak dan tidak mampu menahan sedih ketika petikan filem ‘Anwar The: Untold Story’ dipertontonkan.
Turut dilihat menitiskan airmata, Ketua Angkatan Wanita PKR Fadhlina Sidek.
Filem itu mengisahkan ranjau politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menemui penonton secara rasmi di pawagam seluruh negara pada Mei ini.
Penerbit Eksekutif, Zukiflee Anwar Haque atau lebih dikenali sebagai Zunar, berkata filem itu digarap berdasarkan kisah sebenar berlaku dalam sebahagian hidup Anwar ketika mula menjawat jawatan Menteri Kewangan dari 1991 hingga dipecat pada 1998.
Kongress Khas PKR 2023 bertema Malaysia Madani: Pelaksanaan Sebuah Idealisma dirasmikan hari ini.
Seramai 1,200 perwakilan PKR dari seluruh negara berkampung di Stadium Malawati di sini untuk mengikuti Kongres Nasional Khas 2023 parti itu di sini, hari ini. – JURNAL
Sumber: BH Online
Foto: MalaysiaGazette