Pengasas bersama mata wang kripto ditemui mati mengejut ketika sedang tidur pada 23 November lalu.
Pun begitu, kematian Tiantian Kullander atau TT yang baru berusia 30 tahun itu dikatakan misteri kerana tidak dikenal pasti puncanya.
Walau masih muda, TT telah menembusi senarai Forbes 30 Under 30 pada 2019 dan dilabel tonggak kejayaan Amber Group.
Ini kerana, kematiannya bukanlah satu-satunya yang tragis berlaku dalam tempoh masa singkat bagi dunia kripto.
Beberapa minggu lalu, rakan niaganya, Nikolai Mushegian, 29, ditemui mati lemas di pantai Puerto Rico.
Jutawan muda itu menerusi ciapan terakhirnya meluahkan kebimbangan apabila menjadi sasaran agensi perisikan Israel, CIA dan Mossad. – JURNAL