Selepas kemenangan besar Tan Sri Michelle Yeoh di Oscar pada Isnin lalu, hari ini, Ketua Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali telah mencatat satu lagi pencapaian buat Malaysia!
Usahawan jelita berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini telah mencatat sejarah apabila menjadi wanita pertama di Malaysia yang dijemput sebagai panel jemputan Siri Akses Korporat – Arah Tuju, Pandangan dan Peluang Sektor Kepenggunaan anjuran Bursa Saham Hong Kong (HKEX).
Menerusi program korporat tersebut, Aliza diundang untuk berkongsi pandangan dan formula kejayaan beliau menerusi kupasan topik; bagaimana syarikat pengguna global dan Asean mengukuhkan jenama dan kedudukan pada 2023 dan seterusnya.
Ini merupakan satu kejayaan bagi anak tempatan, kerana berjaya membawa nama Malaysia sebaris dengan jenama terkemuka dunia seperti ALIBABA dan Yum China (KFC & Pizza Hut).
Bermula pada tahun 2011 dengan hanya dua cawangan Chatime, kini mereka terus berkembang mempunyai lebih daripada 100 cawangan!
Aliza Ali juga telah memperkenalkan 3 lagi jenama terbarunya iaitu Hello – frozen yogurt, Hotbox – sausage & fries dan GoBerry – minuman suplemen kesihatan yang bakal dikembangkan bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Indonesia dan Singapura.
Sekaligus, membuktikan bahawa beliau terus komited memberikan saingan kepada jenama lain yang berada dipasaran.
“Saya bersyukur dengan pencapaian ini. Saya bangga dengan kerja keras, dedikasi, dan pengorbanan yang saya lakukan untuk mencapai ke titik ini.
“Saya juga mengakui bahawa saya tidak dapat melakukannya sendiri. Sokongan dan dorongan keluarga, sahabat, pasukan dan mentor saya sangat berharga.
@jurnal.malaysia Aliza Ali menjadi wanita pertama di Malaysia yang dijemput sebagai panel jemputan Siri Akses Korporat – Arah Tuju, Pandangan dan Peluang Sektor Kepenggunaan anjuran Bursa Saham Hong Kong (HKEX). #jurnal #jurnalmalaysia #news #recent #current #no1 #local #trending #viral #fyp #china #malaysia #usahawan #chatime #ceo ♬ original sound – Jurnal Malaysia
“Pencapaian ini bukan hanya merupakan tonggak peribadi, tetapi juga bukti ketekunan dan tekad. Ini adalah pengingat bahawa, tidak kira betapa menakutkan cabaran yang muncul, kita dapat mengatasinya melalui kerja keras dan fokus yang konsisten,” katanya. – JURNAL