Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri serta Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada Isnin, hadir meraikan detik bersejarah bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh di Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).
Mereka hadir pada acara Tontonan Eksklusif Oscar 2023 – Kebanggaan Malaysia di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada pagi Isnin.
Nancy dan Hannah masing-masing mengucapkan tahniah kepada Michelle Yeoh di laman sosial masing-masing.
“Congratulations Tan Sri Michelle Yeoh. An inspiration to all of us,” kata Hannah menerusi laman sosial rasmi Facebooknya sejurus selepas aktres kelahiran Ipoh, Perak itu diumumkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik.
@jurnal.malaysia Tahniah @michelleyeoh_official ❤️ Terima Kasih kerana membanggakan Malaysia🇲🇾🔥 📹: @Melodi #jurnal #jurnalmalaysia #news #recent #current #no1 #currentaffairs #local #trending #viral #fyp #asianwoman #oscar #michelleyeoh ♬ original sound – Jurnal Malaysia
Acara gilang-gemilang tersebut turut disaksikan ibunya, Datin Janet Yeoh bersama lebih 200 tetamu.
Janet ketika nama anaknya diumum sebagai pemenang dilihat mengalirkan air mata kegembiraan.
Beliau turut diraikan tetamu yang hadir termasuk Nancy dan Hannah Yeoh yang kemudiannya memeluk dan bersorak penuh kebanggaan.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran beberapa selebriti tempatan antaranya Nadia Brian, Nasha Aziz, Amber Chia, Adriana Adnan, Sangeeta Krishnasamy dan ramai lagi.
Sementara itu Michelle Yeoh menerusi sebuah rakaman video mendedikasikan kejayaan yang diperoleh kepada ibunya dan para wanita lain yang disifatkan sebagai superhero.
“Saya akan membawa pulang trofi ini kepada ibu saya yang sedang menonton (acara Anugerah Akademi) di Kuala Lumpur, Malaysia bersama seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan,” kata Michelle dalam ucapannya.
Untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik, Michelle menumpaskan Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie; Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde). – JURNAL