Dalam insiden pada 5 Februari lalu, pegawai polis iaitu Gogo Galesung menerima laporan terdapat seorang nenek jatuh sakit akibat dirogol.
Difahamkan, mangsa yang berusia 95 tahun itu telah diperkosa oleh seorang warga emas berumur lebih 70 tahun.
Setakat ini, pihak polis belum boleh mendapatkan keterangan daripada mangsa kerana keadaannya yang sedang sakit.
Malahan, mangsa juga mengikut rekod kesihatannya disahkan nyanyuk atau menghidap alzheimer.
Perbuatan suspek disaksikan anak saudarnya yang kebetulan datang ke rumah mangsa untuk menghantar beras.
Ujarnya, tubuh mangsa tidak ditutupi dengan sehelai benang, tetapi pelaku hanya memakai baju dan tidak berseluar ketika itu.
Bukan itu sahaja, si pelaku juga dikhabarkan tidak sihat dan dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan sambil dijaga oleh anggota polis. – JURNAL