Dalam usahanya mencetus gimik pemasaran, YouTuber popular Rusia iaitu Mikhail Litvin sanggup memusnahkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah jenama Lamborghini Urus.
Kereta itu yang dijual dengan harga permulaan hampir RM2 juta dihancurkan demi mempromosikan produk minuman tenaga keluarannya.
Litvin berkongsi video itu di YouTube miliknya yang mengumpul lebih daripada 10 juta pelayar setia.
Menerusi klip tersebut, dipaparkan replika tin minuman jenamanya bersaiz kereta digantung menggunakan kabel pada kren besar dan kemudiannya dijatuhkan tepat di atas SUV berkenaan sehingga hancur musnah sepenuhnya.
Dia turut berkongsi video pendek tersebut di Instagram dengan sepotong ayat ditulis di bahagian kapsyen.
“URUS adalah seorang yang baik,” coretnya.
Selepas memuat klip itu, ia dengan pantas meraih tontonan lebih 10 juta kali dan memungut kira-kira sejuta tanda suka di YouTube. – JURNAL