Kaunter Wetland Studios Putrajaya antara yang menjadi perhatian pengunjung di Hari Terbuka Putrajaya 2023 (POD 2023) yang bermula semalam (Khamis).
Selain Wetland Studios Putrajaya, lebih 60 kaunter perkhidmatan agensi awam dibuka di Kompleks Perbadanan Putrajaya sehingga Ahad ini.
Sempena Hari Terbuka Putrajaya 2023, Wetland Studios Putrajaya menawarkan diskaun 20% untuk pengunjung yang berdaftar awal dan boleh ditebus bermula dari 1 Mei 2023 hingga 31 Mei 2023, iaitu bulan pertama pelancaran.
Wetland Studios Putrajaya yang akan dibuka pertengahan tahun ini dijangka menjadi daya tarikan pelancongan terbaharu kepada pengunjung.
Menjalin kerjasama strategik bersama syarikat media dan hiburan tempatan, KRU Studios Sdn Bhd, Wetland Studios Putrajaya bukan sekadar taman tema untuk bersuka-ria tetapi berkonsepkan “edutainment” yang menonjolkan peranan Taman Wetland Putrajaya serta flora dan faunanya kepada masyarakat setempat.
Mengulas mengenai POD 2023, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, program tersebut turut memberi manfaat kepada 200 peniaga dan penjaja kecil, penggiat industri kreatif yang menjual pelbagai barangan serta produk kraftangan.
Termasuk memberi manfaat ekonomi kepada penggiat seni yang mengambil bahagian dalam seni persembahan dalam program Singgah Seni Putrajaya, pada malam Sabtu ini.
“Hari Terbuka Putrajaya 2023 merupakan wadah meningkatkan jaringan kerjasama dengan rakan strategik awam serta swasta, warga komuniti, pertubuhan, NGO dan pelbagai segmen masyarakat yang turut bersama-sama muafakat menjayakan program,” katanya.
Penganjuran POD 2023 juga bersempena ulangtahun penubuhan Perbadanan Putrajaya yang ke 27 tahun pada 1 Mac 2023.
Penganjuran kali ini melibatkan pameran hartanah Putrajaya oleh pemaju Tetuan Putrajaya Holdings Sdn Bhd, promosi produk pelancongan Malaysia oleh Tourism Malaysia, Langkawi Development Authority ( LADA ), KRU Wetland Studios, Farm in the City, Selangor dan promosi produk-produk pelancongan Putrajaya
Pelbagai aktiviti sukan, riadah termasuk kayuhan ceria, larian ceria dan pertandingan memancing di Tasik Putrajaya.
Turut mengambil bahagian promosi jualan tiket domestik ke 8 destinasi ialah Syarikat Penerbangan MyAirlines. – JURNAL
nak free tickets pls. kami warga mas ada discount ka?