Setiap rakyat Malaysia yang sudah bekerja atau menjalankan perniagaan dan memenuhi kriteria disyaratkan wajib membayar cukai taksiran kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
Pengisytiharan pendapatan adalah perlu dan penting dilakukan oleh setiap warga yang bergaji bagi mengelak daripada dikenakan denda atau tindakan undang-undang.
Baru-baru ini, seorang wanita dipercayai penasihat akauntan persendirian telah berkongsi tiga kaedah diguna pakai pihak LHDN untuk mengesan pendapatan yang tidak diisytihar.
Tiga cara dimaksudkan itu adalah seperti berikut:
1. Berdasarkan transaksi urusniaga menggunakan baucer pembayaran yang tertera nama serta nombor kad pengenalan si penerima.
2. Melalui komisyen yang diperolehi kerana sesebuah syarikat pemberi perlu mengisi borang CP58 untuk diserahkan kepada pihak LHDN.
3. Menerusi media sosial memandangkan terdapat segelintir individu atau pihak yang gemar berkongsi jumlah keuntungan diraih syarikat.
Malah, sesiapa didapati culas membuat pembayaran cukai boleh dikenakan penalti pada kadar semasa iaitu antara 45% – 300% bergantung kepada jenis-jenis kesalahan berdasarkan Akta Cukai Pendapatan 1967. – JURNAL