Sejak adanya perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan, ramai yang mula memanfaatkannya untuk memudahkan urusan harian mereka.
Malah tidak perlu bersusah payah untuk beratur panjang atau membawa kenderaan untuk membeli barang kerana semua kini boleh diatur di hujung jari.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh Aameewa memaparkan aksi seorang rider Foodpanda bersama begnya sedang bergegas turun dari puncak Gunung Kinabalu.
@jurnal.malaysia Abang ni memang betul-betul kerja keras nih😂 sampai puncak dia boleh delivery tau!🤣 #jurnal #jurnalmalaysia #news #breakingnews #hit #portal #sensation #viral #trending #delivery #foodpanda #gunungkinabalu ♬ original sound – Jurnal Malaysia
Menerusi video tersebut, wanita itu secara berseloroh mengucapkan terima kasih kepada rider berkenaan kerana telah menghantar makanan segera dari Tawau ke puncak gunung tersebut.
“Terima kasih abang panda hantarkan MCD (McDonald’s) dari Tawau ke puncak Kinabalu,” katanya. Malah dia turut meminta orang ramai untuk mencari gerangan lelaki tersebut.
Dalam satu lagi video yang dimuat naik, terdapat seseorang yang berjaya menemukan akaun TikTok rider berkenaan dan Aameewa menyatakan bahawa lelaki yang dipercayai pakciknya itu telah membawa beg penghantaran tersebut dengan sendiri hingga sampai ke puncak gunung.
“Sekali dengan beg dan baju Foodpanda dia bawa ke puncak. Beg tu dia bawa sendiri yang dari bawah hingga ke puncak. Tahniah pak cikku,” katanya di dalam kapsyen. – JURNAL