Individu yang memuat naik video memaparkan sekumpulan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 mencarut selepas selesai menduduki ujian Sejarah Kertas 2 tampil memohon maaf.
Individu tersebut turut bertindak memadam video tersebut di TikTok selepas teruk dikecam.
Menurut individu itu, dia yang mula memuat naik video berkenaan sehingga tular di media sosial.
“Tapi kawan saya ni dia tersilap langkah, dia tak fikir sebelum buat dan memuat naik video dia sendiri tu ke dalam media sosial yang mengakibatkan viral, apa-apa pun, saya di sini nak memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia.
“Saya amat menyesali kerana menularkan video tersebut dan berjanji tidak akan mengulanginya,” luahnya.
Terdahulu, video tular tersebut memaparkan salah seorang daripada calon SPM 2022, mempertikaikan soalan-soalan yang diberikan sambil mengeluarkan ayat carutan serta memberikan isyarat lucah.
Katanya, tiada kepentingan untuk seorang pelajar mengetahui hal-hal di Singapura seperti mana yang disoal dalam peperiksaan Sejarah Kertas 2 itu.
“Kepada yang buat kertas SPM Sejarah ini. Apahal masuk tentang Singapura? Orang tak baca pasal Singapura.
“Kau Singapura! Kau ingat aku kisah ke dengan Singapura tu? Air pun pakai air Malaysia. Tiba-tiba nak kena baca pasal dia pulak.
Lepas itu nasionalisme la, perlembagaan la, buat penat je aku baca, tak masuk pula,” katanya dengan berani menerusi video 36 saat itu. – JURNAL
Sumber: KOSMO! ONLINE