Dua hari lalu, tular dua buah video memaparkan beberapa pelajar di Pulau Pinang melakukan vandalisme terhadap fasiliti sekolah, kononnya simbolik zaman persekolahan sudah berakhir.
Ekoran salah laku tersebut, panel tatatertib Jabatan Pendidikan Negeri mengarahkan semua pelajar yang terlibat menjalani khidmat komuniti sebagai hukuman.
Apa pendapat anda? Adakah hukuman dikenakan terlalu ringan atau setimpal dengan kesalahan yang dilakukan?