Dua hari lalu tular satu video menyaksikan seorang rider menerima upah atau tip dengan jumlah yang besar daripada seorang pelanggan selepas menghantar makanan.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok, pelanggan terbabit memegang dua keping kertas di tangannya ketika penghantar makanan itu tiba di rumahnya.
Kemudian, pelanggan berkenaan menyuruh rider tersebut memilih salah satu kertas yang tertera tulisan RM100 dan RM500.
@pinn_yang Abang Grab & his gf pick the tip 🥹❤️ sweet couple! #pilihkertas #foryou #malaysia #grabfood #couple #couplegoals #valentinesday2023 #valentinegift #love #makanlokal ♬ i can’t help it – JVKE
“Abang ada main TikTok tak? Pernah tengok ini (trend)? Okay you choose your tip,” kata pelanggan itu.
Lebih mengharukan, ketika rider tersebut ingin memilih kertas bertulis RM100, pelanggan terbabit seakan memberi bayangan untuk penghantar makanan itu memilih kertas yang lain.
Rider itu kemudian meminta bakal isterinya yang membonceng motosikalnya untuk memilih kertas tersebut.
Lantas, mereka berdua terkejut apabila wanita tersebut memilih kertas yang tertera tulisan RM500.
Difahamkan, rider yang dikenali sebagai Danish itu memang sepenuh masa bekerja menghantar pesanan dan sedang mengumpul duit untuk berkahwin.
“Full time GrabFood, I nak kahwin. Cari duit kahwin,” katanya ketika disoal oleh pelanggan tersebut.
Rata-rata pengguna media sosial memuji kebaikan pelanggan terbabit kerana ikhlas memberi duit tip dan turut mendoakan agar urusan perkahwinan kedua-dua pasangan itu dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. – JURNAL