Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdogan dilaporkan telah azan dan menamakan seorang bayi mangsa gempa bumi yang baru lahir di sebuah hospital di Istanbul pada Isnin lalu, lapor Anadolu Agency.
Semasa melawat mangsa gempa bumi yang terselamat di Basaksehir Cam dan Hospital Sakura City, Erdogan telah mengazankan seorang bayi perempuan yang baru lahir itu.
Erdogan juga telah menamakan bayi berkenaan “Ayse Betul” dan memanggilnya sebanyak tiga kali.
Menurut laporan Anadolu Agency, penamaan bayi perempuan tersebut dibuat atas permintaan dari ibu bayi itu sendiri.
Beribu-ribu mangsa yang terselamat kini menerima rawatan di banyak bandar, termasuk Istanbul dan Ankara.
Sekurang-kurangnya 31,643 orang terkorban dalam dua kejadian gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Türkiye pada 6 Februari lepas
Manakala lebih 80,000 mangsa yang lain dilaporkan cedera, lapor Anadolu Agency.
Gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 magnitud, berpusat di wilayah Kahramanmaras telah menjejaskan lebih 13 juta penduduk di 10 wilayah.
Antara wilayah-wilayah yang terkesan termasuk Hatay, Gaziantep, Adıyaman, Malatya, Adana, Diyarbakir, Kilis, Osmaniye dan Sanliurfa.
Beberapa negara di rantai itu, termasuk Syria dan Lubnan juga turut merasai gegaran kuat yang melanda Türkiye dalam tempoh kurang 10 jam. – JURNAL