Majoriti pembaca Jurnal Malaysia yang menyertai tinjauan pendapat (poll), bersetuju caj RM1 yang dikenakan bagi transaksi pengeluaran antara bank menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dihapuskan.
Seramai 94.59 peratus bersetuju dengan pendapat caj RM1 itu wajar dihapuskan kerana membebankan dan dilihat menyusahkan rakyat terutama bagi pemegang kad ATM yang tiada pilihan bank lain untuk mengeluarkan wang khususnya yang tinggal di bandar-bandar kecil.
Sementara itu baki 5.41 peratus lagi menganggap ia tidak menyusahkan dan tidak kisah jika caj tersebut dikekalkan. – JURNAL