Dalam tinjauan kali ini, JURNAL mahukan pandangan anda mengenai caj RM1 yang dikenakan bagi transaksi pengeluaran antara bank menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
Bagi anda, adakah wajar caj RM1 itu dihapuskan kerana membebankan? Bukan itu sahaja ia juga dilihat menyusahkan rakyat terutama bagi pemegang kad ATM yang tiada pilihan bank lain untuk mereka mengeluarkan wang khususnya yang tinggal di bandar-bandar kecil.
Tambahan lagi media melaporkan bank tidak akan terjejas dari segi keuntungan sekiranya caj RM1 yang dikenakan kepada pengguna melalui transaksi pengeluaran antara bank menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dihapus atau dikurangkan.