Nenek yang pernah tular dengan ayat ‘kalau aku hempuk nyawa kau karang, menggelupor nyawa kau karang’ di laporkan telah meninggal dunia pada pagi Jumaat lalu.
Berita sedih tersebut dikongsikan cucunya, Syukri Shaharudin menerusi perkongsian di TikTok tanpa menyatakan punca neneknya meninggal dunia.
“Nenek menghembuskan nafas terakhirnya pada 11.30 pagi tadi (Jumaat).
“Minta doakan nenek ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” tulisnya.
Menerusi kapsyen video, Syukri berterima kasih kepada semua pengikut di laman sosial yang mendoakan neneknya.
@syukrishaharudin Nenek telah selamat dikebumikan selepas asar tadi. Alhamdulillah , semua urusan tadi dipermudahkan dan Nenek pergi dengan tenang. Terima kasih warga tiktok kerana selalu doakan kesihatan nenek sebelum ini 🤍 #nenekhempuk #bukapintu #melaka ♬ Takkan Hilang – tentangreysan
“Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan dan nenek pergi dengan tenang.
“Terima kasih warga TikTok kerana mendoakan kesihatan nenek sebelum ini,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih dan menzahirkan ucapan takziah kepada Syukri.
“Terima kasih hiburkan kami nek, selamat pulang ke rahmatullah nek, kami sayang nenek,” tulis pengguna TikTok dikenali fayyadh Rayyan.
“Ayat nenek menghiburkan betul, moga roh nenek ditempatkan di kalangan orang beriman,” tulis seorang lagi pengguna TikTok, Nazriey Halim.
Sebelum ini, Syukri kerap memuat naik video bersama neneknya itu yang terkenal dengan ayat ‘kalau aku hempuk nyawa kau karang, menggelupor nyawa kau karang’ dalam kalangan netizen. – JURNAL