Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, mengumumkan kenderaan persendirian tidak perlu lagi mempamerkan cukai jalan di kenderaan masing-masing mulai hari ini.
Dalam satu kenyataan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata peruntukan di bawah Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan yang mewajibkan lesen kenderaan bermotor dipamerkan pada kenderaan, tidak akan lagi dikuatkasakan.
Loke berkata perubahan itu akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu termasuk motosikal.
Pengumuman itu adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Pengangkutan untuk melaksanakan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), khususnya membabitkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian.
“Saya mengalu-alukan semua pemandu dan pemilik kenderaan untuk beralih ke platform digital.
“Dengan pendigitalan, keadaan sesak dan beratur panjang di kaunter JPJ akan berkurangan dan ini akan menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan keselesaan rakyat,” katanya. – JURNAL
mudah le lepas ni
macam mana plak kalau terlupa nak renew rotek. yela biase kan nak mati rotek, kita jenguk depan cermin…