Sejak kebelakangan ini imej agamawan di negara ini tercalar apabila beberapa insiden dan kes jenayah seksual membabitkan golongan berkenaan termasuk ada yang sedang naik turun mahkamah.
Bukan setakat itu, ramai juga yang menggunakan gelaran berkaitan agama yang sesuka hati melontarkan pendapat kurang bijak dan menjadi perdebatan netizen.
Lantaran itu, langkah platform konsultan pendidikan YEG mempersiapkan bakal graduannya terutama dalam bidang Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY) dengan ‘vaksin’ akidah dan sahsiah diri sesuatu langkah yang sangat tepat.
Terbaharu YEG mengumumkan melantik pensyarah yang bertanggungjawab dalam urusan akidah dan sahsiah DHUMY pula adalah Al- Habib Syeikh Dr. Omar Muhammad Kalash As-Syafie al-Husainiy.
Beliau mempunyai kelulusan PhD dalam pengajian Fiqh dan Usul al-Fiqh daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) beserta mendapat kelulusan tauliah daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengajar pengajian Islam.
“Bagi saya ini antara usaha kita memberikan pelajar vaksin agar bersedia bila memulakan tugas di dunia sebenar. Semuanya perlu mengikut syarat dan tauliah yang ditetapkan.
“Sebagai manusia juga, godaan syaitan sentiasa ada dan kita perlu sentiasa beringat,” katanya diminta mengulas mengenai situasi membabitkan kontroversi golongan berkaitan agama.
Turut dilantik sebagai pensyarah kanan ialah Badrul Sani, lulusan dalam Neuro Linguistik program (NLP) serta mempunyai pengalaman yang luas
dalam bidang komunikasi yang menggantikan Muhammad Haris Mohd Ismail atau dikenali sebagai PU Riz di fakulti DHUMY.
Sementara itu, diploma berkenaan adalah sebuah fakulti pendidikan yang mengetengahkan bidang diploma berkaitan pengurusan haji dan umrah dibawah kelolaan YEG Academy (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Kolej Antarabangsa Inovatif yang sebelum ini terletak Kelana Jaya telah berpindah ke
Cyberjaya dengan pertambahan bilangan pelajar.
Sementara itu, YEG juga telah melancarkan portal pembelajaran Haji dan Umrah pertama di Malaysia, E-hajj.my dengan kerjasama Akademi Mutawwif Training
Centre (AMTC) dan Akademi Belajarlah.
E-hajj.my diwujudkan sebagai ‘One Stop Centre’ bukan sahaja untuk pelajar mengikuti pengajian secara online, tetapi juga sebagai pusat perkembangan kerjaya dalam bidang haji dan umrah. – JURNAL