Pada minggu lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mencadangkan supaya kedai-kedai makan memperkenalkan Menu Rahmah dengan harga bawah RM5 sebagai usaha untuk membantu golongan yang memerlukan.
Jelas Menteri KPDN Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menu Rahmah yang terdiri daripada nasi, ayam atau ikan dan sayur itu dijangka mendapat persetujuan daripada beberapa persatuan kedai makanan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) dalam masa terdekat.
Kata beliau lagi, KPDN juga akan mengumumkan MoU dalam masa terdekat dengan pengusaha kedai makan termasuk kedai tom yam.
Bagaimanapun cadangan KPDN ini mendapat reaksi berbeza daripada orang ramai. Ada yang bersetuju, begitu juga sebaliknya.
Anda bagaimana pula? Patut atau tidak Menu Rahmah ini diperkenalkan oleh semua pengusaha kedai makan di Malaysia?