Sebelum ini Menteri Pendidikan, Radzi Jidin menukar sesi atau takwim persekolahan 2023 untuk bermula pada bulan Mac, berbanding Januari seperti kebiasaan.
Namun selepas Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu, Kementerian Pendidikan di bawah kendalian Menterinya yang baharu, Fadhlina Sidek memberi jaminan akan memastikan takwim sesi persekolahan yang dianjak kepada Mac sejak tahun lepas akan dikembalikan semula kepada jadual asal iaitu Januari tidak lama lagi.
Katanya, ibu bapa tidak perlu bimbang kerana kementerian sedang berusaha ke arah itu, namun terdapat beberapa isu yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Berapa ramai yang bersetuju untuk kembalikan takwim sesi persekolahan kepada asal: