Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, dipecat daripada parti itu atas sebab pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO.
Selain Khairy, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Tan Sri Noh Omar dan lima ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 ahli UMNO dari Pahang turut dipecat.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan berkata, pemecatan Khairy dan Noh dibuat kerana kesalahan sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lepas.
Sementara itu lima yang lain dipecat kerana kesalahan menjadi calon Bebas, calon parti selain Barisan Nasional (BN) dan terlibat membantu parti lawan ketika PRU15.
Susulan pemecatan tersebut Khairy menerusi Twitternya berkata: “Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan. Unbowed, unbent, unbroken,”.
Dalam perkembangan lain, Ketua UMNO Bahagian Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Naib Ketua Pemuda UMNO Shahril Sufian Hamdan, Ketua UMNO Bahagian Tebrau Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif digantung hak dalam parti selama enam tahun. – JURNAL