Tindakan dua lagi peguam menarik diri di saat akhir semasa prosiding bela diri kes mengabai dan menganiaya kanak-kanak dikenali sebagai Bella menyebabkan tertuduh, Siti Bainun Ahd Razali menangis di kandang saksi di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur, pada Selasa.
BACA: “Dulu Menari Sakan, Sekarang Apa Kes?” – 10 Peguam Siti Bainun Tarik Diri Kes Penderaan Bella
Bainun dilihat mengesat air mata ketika Hakim Izralizam Sanusi memaklumkan mahkamah pihaknya telah menerima notis penarikan diri peguam, Asiah Jalil dan Nurul Hafidzah Hassan pada jam 9 malam, Isnin.
Dengan penarikan diri tersebut, ia menjadikan kesemua peguam daripada lima firma guaman tidak lagi mewakili Pengasas Rumah Bonda terbabit bagi prosiding bela dirinya kelak. – JURNAL