Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meluahkan rasa gembira kerana diberi peluang membaca berita di saluran sukan Astro Arena baru-baru ini.
Penampilan Hannah menerusi siaran berita sukan, Nadi Arena mendapat pujian ramai, tak kurang juga yang menyamakan gaya beliau dengan pembaca berita terkenal TV3, Pang Chin Fei.
“Wah! Gaya YB macam Pang Chin Fei, legend TV3. Saya tengok berulang-ulang,” komen seorang pelayar TikTok pada ruangan komen hantaran yang dimuat naik Hannah.
“Tak boleh cari makan la pembaca berita Nadi Arena lepas ni,” seloroh seorang lagi.
@hannahyeohmp Impian zaman muda saya semasa di sekolah #Hanayo #dream #astroarena ♬ original sound – hannahyeoh
Terdahulu, Hannah dijemput sebagai tetamu undangan dalam sebuah sesi temubual di stesen televisyen terbabit.
Beliau kemudiannya turut diberi penghormatan sebagai pembaca berita Nadi Arena di penghujung rancangan.
Berkongsi rasa teruja, Hannah telah menulis kapsyen memaklumkan pernah bercita-cita menjadi pembaca berita ketika di bangku sekolah.
Rakaman video berdurasi 13 saat itu menjadi tular dan telah dikongsi di pelbagai platform media sosial sejak beberapa hari lalu. – JURNAL