Malaysia terus menjadi tumpuan pelancong antarabangsa untuk sambutan Ambang Tahun Baharu, dengan data Agoda mencatatkan peningkatan 13% carian penginapan oleh pelancong luar negara.
Singapura mendahului senarai pelancong antarabangsa yang mencari penginapan di Malaysia, diikuti oleh Indonesia, Thailand, Korea Selatan, dan Brunei. Destinasi popular termasuk Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, dan Langkawi.
Bagi pelancong domestik pula, Pulau Pinang menjadi pilihan utama selepas Kuala Lumpur, diikuti Johor Bahru, Langkawi, dan Kota Kinabalu. Dalam masa yang sama, warga Malaysia turut mencari destinasi luar negara seperti Bangkok, Hat Yai, Taipei, Tokyo, dan Singapura.
“Ia sesuatu yang membanggakan melihat Malaysia menarik perhatian pelancong untuk sambutan Tahun Baharu. Sama ada untuk suasana meriah di Kuala Lumpur atau pantai tenang di Langkawi, Agoda sentiasa sedia membantu,” kata Fabian Teja, Pengarah Negara Agoda.
Agoda menawarkan pelbagai pilihan, termasuk 4.5 juta tempat penginapan, 130,000 laluan penerbangan, dan 300,000 aktiviti hiburan. Untuk tawaran menarik, muat turun aplikasi Agoda atau layari agoda.com/deals. – JURNAL