HONOR, jenama teknologi global, bakal melancarkan HONOR X9c Smart, edisi lite mesra bajet bagi model HONOR X9c 5G, pada 11 Disember 2024. Telefon pintar ini akan mula dijual di seluruh negara, menawarkan pilihan berkualiti tinggi pada harga mampu milik untuk rakyat Malaysia.
Dalam kenyataannya, HONOR menjelaskan bahawa X9c Smart mengekalkan ciri ketahanan unggul seperti kalis jatuh, air, dan calar, menjadikannya pilihan sesuai bagi pengguna aktif yang mengutamakan daya tahan.
Berbeza dengan model asal, HONOR X9c Smart hadir dengan paparan leper yang lebih mesra penggunaan, menggantikan skrin melengkung pada versi 5G. Perubahan ini direka untuk meningkatkan keselesaan menonton dan produktiviti harian, berdasarkan maklum balas pengguna.
Dari segi rekaan, telefon pintar ini menyerlah dengan badan bercorak marmar yang elegan, tersedia dalam dua warna menarik iaitu Ocean Cyan dan Moonlight White. Sentuhan artistik ini melengkapkan teknologi canggih dengan gaya yang memikat.
“HONOR X9c Smart direka untuk pengguna yang mahukan telefon berkualiti tinggi pada harga berpatutan,” kata HONOR dalam kenyataan tersebut.
Pelancaran HONOR X9c Smart mengukuhkan komitmen jenama ini untuk membawa inovasi teknologi terkini kepada pengguna di Malaysia tanpa mengorbankan kualiti atau gaya. – JURNAL