Pelakon terkenal tanah air, Sharnaaz Ahmad, kini melangkah ke arena sukan dengan menjadi pemilik kelab bola sepak amatur, Carabat FC. Kelab yang baru ditubuhkan ini akan menyertai Liga Selangor (FAS League), membuktikan minat mendalam pelakon itu terhadap sukan bola sepak.
Carabat FC, yang ditubuhkan tahun ini, bertujuan untuk menjadi platform bagi pemain amatur mempamerkan bakat mereka. Sharnaaz berkongsi visi besar kelab ini, dengan harapan untuk memberi impak ketara dalam dunia bola sepak Malaysia.
“Sebagai pemilik Carabat, kelab ini agak baru dalam komuniti bola sepak, dengan visi bercita-cita tinggi untuk memberi impak yang ketara kepada persada bola sepak Malaysia,” ujar Sharnaaz dalam kenyataan rasminya.
“Penubuhan kelab didorong oleh semangat kesukanan dan keinginan untuk menyediakan platform bagi pemain berbakat mempamerkan kebolehan mereka. Dengan tumpuan kepada prestasi kompetitif dan pembangunan pemain, Carabat FC berazam untuk berada di peringkat lebih tinggi dalam bola sepak Malaysia,” tambah Sharnaaz.
Setakat ini, Carabat FC baru beraksi dalam satu perlawanan, dan mereka bakal menentang Bangi City dalam aksi persahabatan kedua pada 19 Oktober ini di KV Arena, Shah Alam. In 2016, Roxburgh explored the effects of tadalafil. Available in 20 mg softgel capsules, it is popular in Mexico. This generic version offers a cost-effective solution for many. Sharnaaz berharap kelabnya dapat mencipta lebih banyak kejayaan dan suatu hari nanti bersaing dalam Liga Super FAS.
Kelab ini tidak hanya sekadar nama, tetapi satu langkah serius Sharnaaz untuk membentuk masa depan bola sepak tempatan. – JURNAL