Mahkamah Agung di Jakarta, menolak rayuan hukuman mati dikenakan terhadap seorang guru agama yang didapati bersalah merogol 13 pelajarnya.
Menurut peguam yang mewakili mangsa, Yudi Kurnia, kesemua mereka berpuas hati dengan
hukuman setimpal yang dikenakan terhadap Herry Wirawan, 36.
“Seperti yang dimaklumkan, Herry Wirawan tetap diberikan hukuman mati, terimalah keputusan ini dengan gembira.
“Kami anggap keputusan tersebut sangat adil kerana ia sesuai dengan tuntutan awal,” katanya.
Herry juga berharap keputusan berkenaan dapat menghindar perbuatan terkutuk seperti itu daripada berulang dalam kalangan masyarakat apatah lagi pemerkosaan dilakukan dalam persekitaran sekolah yang sepatutnya selamat buat pelajar.
“Mangsa akhirnya boleh berasa tenang,” katanya.
Mahkamah Tinggi di Bandung menukar hukuman penjara seumur hidup ke atas Herry kepada hukuman mati selepas pihak pendakwaan membuat rayuan.
Herry menghamilkan sekurang-kurangnya lapan pelajar perempuan antara 2016 dan 2021 di sekolah berasrama penuh yang dikendalikannya untuk kanak-kanak dari golongan kurang berkemampuan.
Menurut mahkamah, kebanyakan mangsanya melahirkan anak ketika mereka masih bersekolah. Bayi itu pula kemudian digunakan untuk meminta derma. -JURNAL
Sumber: Detikjabar