Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan pembatalan sambutan Ambang Merdeka 2024 yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini di Dataran Merdeka.
Keputusan ini diambil sebagai tanda penghormatan terhadap mangsa beberapa insiden tragis yang berlaku di pusat bandar baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan di Facebook, DBKL berkata, “Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan penuh semangat patriotisme.”
Keputusan tersebut dibuat susulan kejadian tanah jerlus pada Jumaat lalu yang telah menyebabkan seorang wanita berusia 48 tahun, Vijayaletchumy dari Andhra Pradesh, India hilang.
Mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter, dan usaha mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dijalankan sehingga kini. – JURNAL