Bagi usahawan dan pempengaruh media sosial, Aleeya Zailan, tiada apa yang lebih menggembirakannya apabila melihat anak-anak mengikut amalan yang sering dilakukannya bersama suami iaitu bersedekah.
Dalam perkongsian di akaun TikTok, wanita itu berkongsi anak bongsunya, Alicia bersedih kerana terlepas peluang bersedekah pada satu malam ketika mereka mengerjakan umrah baru-baru ini.
Bagi menceriakan anaknya, Aleeya dan suami, Azri Aziz atau lebih dikenali dengan panggilan Big Boss menunaikan hasrat anaknya itu membeli-belah makanan ringan dan coklat untuk disedekahkan kepada anak-anak fakir di Mekah.
“Saya dan keluarga serta team Avenys membeli barangan makanan hasil duit gift diterima daripada pengikut serta peruntukan sendiri bagi tujuan infak demi berkongsi kegembiraan.
“Saya belajar banyak perkara termasuk. apabila diberikan kesenangan kita kena berkongsi dan tingkatkan standard of giving,” katanya.
Lebih bermakna dan buat hatinya sebak, hal itu juga mula difahami anak-anaknya yang dengan sendiri selesa dan tidak kekok untuk berkongsi.
“Anak-anak saya turut gembira untuk bersedekah, Alhamdulillah inilah rezeki yang tiada tandingannya buat saya sebagai seorang ibu,” katanya.
Dia juga pada masa sama tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang terus memberikan gift serta sumbangan setiap kali dia membuat siaran langsung.
Begitu juga dengan usahawan Avenys yang juga sentiasa menyokong serta menjadi pembakar semangat.
Aleeya turut berkongsi klip video dia bersama keluarga dan pasukan Avenys mengedarkan infak kepada mereka yang memerlukan di Tanah Suci, Kota Mekah.
@jurnal.malaysiaa Aleeya Zailan berkongsi rezeki yang diperoleh daripada gift TikTok & FB Stars bersama orang ramai yang berada di Mekah. Semoga dimewahkan rezeki yang melimpah ruah. #trending #viral #jurnalmalaysia #aleeyazailan #avenys #founder #cosmetics #sedekah #influencer #isusemasa #terkini #beritaviral #jurnal #article #news #hangat #panas #mekah #umrah #fyp #foryoupage ♬ Selawat Nabi Muhammad Saw – N.I.A
Jelas kelihatan anak-anak dan penerima mengukir senyuman kala menyambut barangan yang dihulurkan.
Aleeya turut menjelaskan itulah cara dia menggunakan duit sumbangan dan bukan menggunakannya pada cara salah.
Dia turut menulis kapsyen: Makan Duit Orang ❌, Sedekah Duit Orang ✅.
Dia berharap rezekinya dan keluarga terus dimurahkan dan sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah.
Perkongsiannya itu turut mengundang pelbagai rasa termasuk sebak dan gembira oleh pengikutnya di ruangan komen. – JURNAL