Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menyalurkan bantuan awal sebanyak RM15,000 kepada lima buah rumah daif di Kampung Chendor, Kuantan, Pahang untuk membaiki kediaman-kediaman tersebut.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar memaklumkan bahawa bantuan itu disampaikan semasa kunjungan Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi, yang meninjau keadaan rumah-rumah berkenaan di kampung tersebut baru-baru ini.
Semasa kunjungannya, Ahmad Farhan telah meninjau sendiri keadaan rumah-rumah yang memerlukan bantuan segera.
“Beliau (Ahmad Farhan) telah meninjau keadaan rumah-rumah daif tersebut dan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM15,000 untuk setiap rumah bagi kos pembaikan,” kata Anwar.
Melalui langkah ini, lima keluarga di Kampung Chendor kini mempunyai harapan untuk menikmati kehidupan yang lebih baik dengan rumah yang selesa dan selamat untuk didiami. – JURNAL