Jenama tudung tempatan terkenal, Tudung Ruffle, buat pertama kalinya bekerjasama dengan POS Malaysia untuk mengimbau nostalgia masa lalu kita bersama perkhidmatan pos.
Dari surat-menyurat hingga era pembelian dalam talian, POS Malaysia telah menjadi penghubung penting dalam kehidupan kita.
Majlis pelancaran kolaborasi ini berlangsung meriah di Dewan Seri Pos, Dayabumi Complex, dengan kehadiran lebih 100 tetamu.
Pelakon terkenal Remy Ishak turut memeriahkan acara sebagai “Abang Pos,” menghantar surat dan parcel menggunakan basikal sebagai simbolik pelancaran ini.
Acara ini juga mengiktiraf sumbangan POS Malaysia sebagai penghubung rakyat sejak tahun 1880-an.
Objektif utama kolaborasi ini adalah untuk menghargai jasa posmen dan pekerja POS Malaysia serta menyemai rasa bangga dan hormat terhadap mereka.
Koleksi tudung eksklusif ini hadir dalam empat rekaan, iaitu Warisan, Candawara, Warkah, dan Alur, yang diinspirasikan oleh perpaduan bangsa dan budaya Malaysia.
Motif-motif ini melambangkan keharmonian antara bangsa Melayu, Cina, dan India.
Tudung Ruffle dan POS Malaysia berharap koleksi ini dapat menyemarakkan semangat kebangsaan dan mempererat hubungan dalam masyarakat. – JURNAL