Rangkaian pemborong dan peruncit halal, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) berjaya memecah rekod ‘The Most “Dragon” Paper Crafts Distributed in a Day’ yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records.
Mydin dalam satu kenyataan memaklumkan, penyerahan sijil tersebut disampaikan oleh wakil Malaysia Book of Records, Edwin Yeoh Tiong Chin kepada Pengarah Eksekutif Mydin, Ahimmat Mydin dan disaksikan oleh Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang di Mydin Subang Jaya pada 1 Februari lepas.
“Sebanyak 100,000 origami kraf naga kertas yang diedarkan kepada orang ramai melalui surat khabar The Star dan kepada pelajar sekolah melalui cawangan Mydin di seluruh negara adalah simbol perpaduan dan keharmonian kepelbagaian kaum di negara ini,” jelas kenyataan itu.
Sementara itu, Ahimmat berkata, inisiatif tersebut menzahirkan komitmen Mydin untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat dan meraikan kepelbagaian perayaan di negara ini.
“Tanpa sokongan pelanggan yang berbilang kaum, Mydin tidak mungkin akan bertahan dan kekal mampan dalam era perniagaan yang mencabar,” kata Ahimmat. – JURNAL
Sumber: SINAR HARIAN