Seorang wanita transgender menjadi transgender pertama yang menjalani hukuman mati di Amerika Syarikat (AS) kecuali dia diberikan pengampunan.
Amber McLaughlin, 49, dijadual menjalani hukuman mati dengan suntikan maut di penjara Missouri hari ini atas tuduhan merogol dan menikam bekas teman wanitanya sehingga mati.
Amber yang dulunya dikenali sebagai Scott McLaughlin membuang mayat wanita itu di St. Louis berhampiran Sungai Mississippi.
Peguam Amber, Larry Komp mengemukakan petisyen kepada Gabenor Missouri Mike Parson untuk mendapatkan pengampunan.
Permohonan pengampunan itu dibuat berdasarkan kepada beberapa isu, termasuk zaman kanak-kanak Amber yang dikatakan traumatik dan isu kesihatan mental dialaminya yang tidak pernah didengarkan pada juri dalam perbicaraan.
Petisyen itu juga menyebut seorang ibu angkat Amber pernah menyapu najis pada mukanya sewaktu dia masih kecil manakala bapa angkat transgender itu menggunakan pistol pegun terhadapnya.
Akibat keadaan traumatik itu, Amber mengalami kemurungan dan cuba membunuh diri beberapa kali. – JURNAL
Sumber: Associated Press