Mengulangi sejarah kejutan Sukan Asia 2018 dan mencalarkan reputasi Korea Selatan di Stadium Al Janoub, Al Wakrah, Khamis ini.
Tampak menggunung dan begitu besarnya dua hajat Safawi Rasid ini untuk Harimau Malaya tanpa menghiraukan ranking ke-23 dunia milik lawan dan pengalamannya pada Piala Dunia 2022 juga di Qatar.
Wira Taeguk juga membawa misi menjuarai Kumpulan E bola sepak Piala Asia 2023/2024 dan memintas pendahulu sekarang, Jordan setelah mereka terikat empat mata namun terpisah dengan jurang jaringan dan bolos.
“Kami sudah tahu kami tidak layak ke pusingan kedua dan kami tahu Korea Selatan hendak menang besar perlawanan (Khamis ini) tetapi kami hendak jaga maruah negara kita dan tidak mustahil melakar sejarah lagi (seperti 2018 – saingan bawah 23 tahun).
“Kami sudah tahu kami tidak layak ke pusingan kedua dan kami tahu Korea Selatan hendak menang besar perlawanan (Khamis ini) tetapi kami hendak jaga maruah negara kita dan tidak mustahil melakar sejarah lagi (seperti 2018 – saingan bawah 23 tahun).
Namun anak jati Dungun, Terengganu ini hanya sempat beraksi lebih kurang 10 minit Malaysia ketika dibenam Jordan 4-0, 16 Januari lalu dan sekadar sebagai pemerhati dari luar padang apabila dihampakan Bahrain 1-0, Isnin lalu.
Korea Selatan katanya, mungkin berkeyakinan tinggi kerana punya ramai pemain berpengalaman liga besar Eropah termasuk kaptennya yang juga bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min dan Hwang Hee-chan (Wolverhampton Wanderers).
“Semua orang tahu Heung-min pemain terbaik. Kami tahu kemampuannya, mungkin satu lawan satu dia bagus tetapi jika dua atau tiga lawan satu, dia pun manusia biasa. Dengan kelebihan bertahan, kami boleh mengimbanginya,” katanya. – JURNAL
Sumber: BEBAS NEWS