Sering wujud persepsi retorik yang menebal dalam kalangan masyarakat bahawa pelajar yang lebih cemerlang sepatutnya memilih aliran sains semasa di tingkatan empat.
Sebaliknya, pelajar kurang pandai pula cenderung dikaitkan dengan aliran sastera atau seni.
Persepsi yang kurang bernas ini adalah realiti yang cukup menjerat mentaliti pelajar yang terikat dengan pandangan stereotaip masyarakat.
Kemudian, muncul pula usaha dilaksanakan di peringkat sekolah yang ingin secara khusus menilai prestasi pelajar berdasarkan minat dan potensi sebenar mereka.
Justeru itu, ia menuntut usaha menyeluruh pelbagai pihak dalam memberikan pendedahan, dorongan dan motivasi dalam pemilihan aliran bermula seawal tingkatan satu.
Kelonggaran dalam memilih aliran telah menyebabkan program STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) diabaikan dalam pasaran pendidikan, bahkan kajian menunjukkan penurunan ketara dalam jumlah pelajar aliran sains sejak tahun 2015.
Meninjau pendapat masyarakat di media sosial yang berbaur sinis mengenai graduan program STEM turut menggambarkan realiti sebenar dihadapi dalam dunia pekerjaan sekarang.
Graduan program STEM dikatakan sukar untuk lulus dengan cemerlang, mendapat persaingan sengit di sektor pekerjaan, tidak menjamin peluang pekerjaan, malah faktor gaji yang rendah juga dibahaskan.
Laporan Perangkaan Malaysia 2022 turut merekodkan peratus penawaran kerja tertinggi daripada program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) berbanding STEM, ia mengiyakan telahan itu. – JURNAL
Sumber: KOSMO!