Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Terengganu, Pahang dan Johor sehingga esok.
MetMalaysia menerusi kenyataan di laman sesawangnya hari ini berkata, kawasan yang terlibat di Terengganu adalah Dungun dan Kemaman.
“Di Pahang, kawasan yang terlibat adalah Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin manakala Johor pula adalah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi,” katanya.
Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di lapan negeri lain sehingga pukul 6 petang ini.
Ujarnya, cuaca buruk diramal di Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Kawasan yang terlibat di Pahang pula adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera).
“Seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Port Dickson) dan Johor (Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) juga diramal cuaca yang sama,” katanya.
Tambah MetMalaysia, di Sarawak kawasan yang berdepan hujan lebat adalah Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Mukah), Kapit (Song), Bintulu (Tatau) dan Miri (Miri)
“Hujan lebat turut diramal di Sabah Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” katanya. – JURNAL
Sumber: KOSMO!