Seorang penganggur dihadapkan ke mahkamah di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh ibu bapanya di rumah mereka di Sungai Penchala, Sabtu lalu.
Tertuduh, Afendi Muhammad Agus @ Muhamed Ali, 42, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Wong Chai Sia.
Tiada pengakuan direkodkan dan jaminan tidak dibenarkan.
Tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa membunuh bapanya, Muhammad Agus @ Muhamed Ali Omar, 82, dan ibu, Darlisma Njatu Saleh, 72.
Kesalahan itu dilakukan di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala, Jalan Penchala Hilir, di sini, antara 7.10 malam dan 7.20 malam, 9 Disember lalu.
Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Vivien Yeap Jie Xi.
Mahkamah menetapkan 31 Januari depan untuk sebutan semula kes. – JURNAL
Sumber: METRO