Seorang gadis maut selepas tergelincir dari ketinggian 12 meter gara-gara cuba mengambil telefon bimbitnya yang terjatuh ketika berswafoto di atas bumbung bangunan.
Melike Gun Kanvuzlar, 15 dari Turkiye dilaporkan hilang keseimbangan badan, lantas mengakibatkan nyawanya melayang impak jatuh dari bumbung bangunan empat tingkat.
Kejadian tragis itu dirakam menerusi CCTV yang terdapat di lokasi kejadian dan menjadi tular di media sosial.
Menerusi rakaman tersebut, dapat dilihat seorang pejalan kaki sempat mengangkat telefon bimbit Melike yang jatuh di atas lantai kaki lima, sebelum dikejutkan dengan sosok remaja terbabit yang terhempas beberapa saat kemudian.
Pasukan paramedik segera mengejarkan remaja yang cedera parah itu ke hospital, sebelum disahkan meninggal dunia selepas 18 hari bertarung nyawa. – JURNAL