Ahmad Zahid Hamidi menjangkakan ada beberapa lagi ahli parlimen pembangkang akan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak lama lagi.
Kata Timbalan Perdana Menteri itu, dia memandang positif terhadap perkembangan tersebut dan turut berharap lebih ramai lagi ahli parlimen berbuat demikian.
“Kerajaan berpandangan bahawa bukan hanya empat orang ini sahaja, tapi kita jangka mungkin lebih daripada itu yang akan beri dukungan kepada Perdana Menteri,” katanya.
Bagaimanapun Ahmad Zahid tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai jangkaannya itu.
Kepimpinan Anwar dilihat kini semakin kukuh ekoran sokongan yang diberikan empat ahli parlimen PN khususnya dari Bersatu.
Ia dimulakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid pada 12 Okt lalu, diikuti Suhaili Abdul Rahman pada 30 Okt, Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) pada kelmarin sebelum dituruti diikuti Zahari Kechik (Jeli) semalam.
Dengan sokongan yang diberikan secara terbuka itu kerajaan memiliki lebih daripada jumlah yang mencukupi untuk menguasai Dewan Rakyat secara majoriti mutlak. – JURNAL
Sumber: MALAYSIA KINI