Ketua Penerangan Keadilan, Fahmi Fadzil menegaskan parti tersebut bukan ahli liberal international seperti yang sedang tular di media sosial.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital menerusi sebuah kenyataan berkata, Keadilan tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal International seperti didakwa.
“Kebelakangan ini, terdapat percubaan terancang untuk mengaitkan KEADILAN dengan satu pertubuhan gabungan parti-parti iaitu Liberal International.
“Saya mengesahkan bahawa KEADILAN bukan dan tidak pernah menjadi ahli tau anggota Liberal International.
“KEADILAN bersolidariti sepenuhnya dengan rakyat Palestin serta mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis Israel yang terus menzalimi, menekan dan membunuh rakyat Palestin,” katanya.
Terdahulu tular di media sosial mengenai parti Keadilan yang ditunjangi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu kononnya dibiayai Israel. – JURNAL
KEADILAN BUKAN AHLI LIBERAL INTERNATIONAL
Kebelakangan ini, terdapat percubaan terancang untuk mengaitkan KEADILAN dengan satu pertubuhan gabungan parti-parti iaitu Liberal International.
Saya mengesahkan bahawa KEADILAN bukan dan tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal… pic.twitter.com/0gvrGjVEhv
— Fahmi Fadzil 🇲🇾 (@fahmi_fadzil) November 3, 2023