Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat Malaysia untuk sama-sama menyatakan pendirian tegas mengutuk kekejaman Zionis Israel terhadap Palestin.
“Mari bersama nyatakan pendirian tegas mengutuk pembantaian Zionis Israel ke atas Palestin malam ini sebagai satu pasukan yang berpadu dan utuh.
“Kita tuntut gencatan senjata, hentikan serangan, mudahkan bantuan kemanusiaan, noktahkan kezaliman, kesengsaraan dan penderitaan yang telah dialami selama ini.
“Jumpa malam nanti!,” seru beliau di laman sosial X.
Mari bersama nyatakan pendirian tegas mengutuk pembantaian Zionis Israel ke atas Palestin malam ini sebagai satu pasukan yang berpadu dan utuh.
Kita tuntut gencatan senjata, hentikan serangan, mudahkan bantuan kemanusiaan, noktahkan kezaliman, kesengsaraan dan penderitaan yang… pic.twitter.com/fUiNi6zZ6q
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) October 24, 2023
Pada Isnin lalu, Anwar yang baharu pulang daripada lawatan kerja ke Arab Saudi, Turki dan Mesir mengajak rakyat Malaysia menyertai Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil sebagai tanda solidariti negara bersama rakyat Palestin.
Menerusi poster dikongsi dalam hantaran itu, perhimpunan itu dijadualkan berlangsung mulai jam 7.30 malam hingga 10.30 malam ini. – JURNAL