Berita baik buat penggemar makanan Pantai Timur, festival selama tiga hari bermula 29 September hingga 1 Oktober ini bakal di Anjung Floria Persint 4, Putrajaya.
Karnival yang dinamakan Pantai Timur Food Festival itu bakal membawakan hampir 100 buah gerai yang menyajikan pelbagai hidangan dari negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Lebih menarik lagi, pengunjung boleh membawa seisi keluarga kerana tiada bayaran dikenakan.
Festival anjuran Mek Noor Nasi Dagang itu juga membariskan artis seperti Issey Fazlisham, Ani Mayuni, Ayu Damit, Syafiq Farhain, Aril Pilus, Haziq Rosebi dan Serina Redzuan.
Turut serta ialah Avaa Vanja, Balkish Semundur, Isma AF, Pupsa Gomen, Nazeera Sardi, Roslan Madun, Khairul Anuar dan pemegaruh media sosial Mami Dedi.
Ustaz Akhil Hay serta penyampai radio Gegar, Shah juga bakal memeriahkan suasana festival itu.
Selain gerai jualan makanan, aktiviti lain juga bakal diadakan seperti ceramah agama, demonstrasi masakan, jualan kraftangan, permainan tradisional, galeri dan pavilion setiap negeri pantai timur.
Wakil Mek Noor Nasi Dagang berkata, selain mempromosikan warisan dan tradisi pantai timur, festival itu juga membuka peluang kepada usahawan berminat untuk berniaga pada kadar sangat berpatutan.
“Lokasi yang dipilih juga strategik dan sesuai untuk semua peringkat umur untuk hadir serta beriadah dengan keluarga.
“Usahawan juga wajar merebut peluang ini kerana kita jangkakan bakal mendapat sambutan hangat dalam festival selama tiga hari itu.
“Kami juga mahu memperkenalkan lagi seni budaya tiga negeri Pantai Timur kepada orang ramai termasuk generasi muda dan pelancong,” katanya.
Harga booth juga sangat berpatutan iaitu RM1,500 untuk tiga hari. Cabutan bertuah bernilai RM25,000 termasuk barangan elektrik, motosikal dan wang tunai.
Mereka yang berminat boleh ikut Pantai Timur Food Festival di laman sosial iaitu @pantaitimurfoodfestival (Instagram) dan Pantai Timur Food Festival (Facebook Page). – JURNAL