Komen balas bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, mencuri perhatian ramai.
Tengku Zafrul menerusi hantaran di Instagram, meluahkan rasa syukur selepas Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi, dilepaskan tanpa dibebaskan daripada 47 kes tuduhan rasuah yang dikenakan terhadapnya.
“Alhamdulillah, Presiden UMNO YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah dilepaskan tapa dibebaskan daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.
“Ini berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd. Dusuki Mokhtar melepas tapa membebaskan YAB Datuk Seri Ahmad Zahid,” tulis beliau.
Menerusi hantaran sama, Tengku Zafrul turut menulis beberapa fakta mengenai kes tersebut termasuk kuasa pihak pendakwa raya untuk memulakan dan menghentikan pertuduhan.
“Bagi UMNO, ini peluang yang sangat baik untuk terus memandang ke hadapan sebagai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, dan terus fokus meningkatkan ekonomi negara dan kemakmuran rakyat.
“Alhamdulillah, Malaysia semakin dilamar pelabur, sama ada dari luar mahupun dalam negara, dan in mencerminkan keyakinan berdasarkan kestabilan politik negara,” tulis beliau lagi.
Bagaimanapun KJ telah meninggalkan komen sarkastik kepada Tengku Zafrul, merujuk kepada hantaran tersebut.
“I’m going to assume you were coerced into writing this. If so, just blink twice (Saya beranggapan awak dipaksa untuk menulis ini. Jika betul, kelipkan mata dua kali),” katanya.
Tulisan KJ telah menarik pengguna laman sosial untuk turut sama memberikan komen.
“Next level sarcasm ni…”
“Steady KJ, I like!”
“Lu memang lejen, KJ!”
Terdahulu, Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah, melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, 70 yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid. – JURNAL