Kecoh tentang pelancaran logo dan tema Hari Kebangsaan oleh Pemuda Perikatan Nasional (PN), netizen lebih awal lagi sudah menjalankan ‘kerja’.
Mungkin kerana tidak berpuas hati dengan cadangan empat buah negeri PN yang mahu menggunakan logo dan tema berbeza, mula mempertikai beberapa kesalahan pada logo yang dilancarkan gabungan tersebut.
Menurut netizen antara kesalahan ‘besar’ pada logo tersebut ialah penggunaan warna biru yang tidak menggunakan tona Jalur Gemilang, sebaliknya ia merupakn warna bendera PN.
“Kata tak mahu politik, tapi warna biru tu warna PN. Apa cerita?”, komen seorang warga X.
Selain itu, kesilapan memalukan yang dikesan warga X ialah bintang yang bentuknya tidak sama dengan Jalur Gemilang dan memiliki 16 bucu.
“Bintang Jalur Gemilang mempunyai 14 bucu yang melambangkan 13 negeri dan 1 Kerajaan Persekutuan. Bintang kat logo Hari Kebangsaan PN mempunyai 16 bucu, dua bucu tambahan itu apa benda?,” soalnya warga X lagi.
Selain itu ada juga yang mendakwa logo tersebut sebenarnya ialah inspirasi Bersatu yang memaparkan logo bunga origami dengan meniru logo Mitsubshi.
“Oren tu nadir bumi,” kata pengguna lain pula.
Keseluruhannya, netizen memberi gred F kepada logo tersebut.
Pada Sabtu, Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari berkata berkata Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diperintah parti PN berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN.
BACA: Empat Negeri PN Akan Teruskan Penggunaan Logo, Tema Hari Kebangsaan Sendiri – Fadhli Shaari
Fadhli berkata, logo yang diperkenalkan Pemuda PN berteraskan bunga raya dengan lima kelopak yang menjadi bunga kebangsaan serta mengambil elemen warna yang terdapat pada Jalur Gemilang, dengan tema ‘Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera’.
Susulan itu, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan menyiasat dakwaan empat negeri di bawah pemerintahan PN yang menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza tahun ini. – JURNAL