Polis masih menunggu arahan daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berhubung kes suami pelakon Fatin Afeefa yang dikenali sebagai Opai selepas mempamerkan nombor pendaftaran palsu di kereta McLaren.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Saleh berkata, kertas siasatan sudah dirujuk ke TPR dan sedang menunggu arahan selanjutnya.
“Kertas siasatan masih berada di Putrajaya (TPR) dan sedang menunggu arahan selanjutnya,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan polis sudah merekodkan keterangan suami Fatin Afeefa yang dikenali sebagai Opai selepas mempamerkan nombor pendaftaran palsu di kereta McLaren.
Kes disiasat mengikut Seksyen 108 (3) (f) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, suami kepada seorang pelakon wanita dikecam teruk selepas tular videonya didakwa menghina kenderaan bukan ‘supercar’ pada sebuah acara pertunjukan kereta baru-baru ini. – JURNAL
Sumber: HARIAN METRO