Pilihan Raya Negeri 2023 (PRN2023) membabitkan enam negeri – Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.
Sebanyak 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan kali ini iaitu 36 DUN di Kedah; Kelantan (45); Terengganu (32), Pulau Pinang (40), Selangor (56) dan Negeri Sembilan (36).
Menepati ramalan, PH-BN kekal menguasai tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Keputusan rasmi merekodkan, gabungan terbabit berjaya memenangi 34 kerusi, di Selangor dan 22 lagi menjadi milik PN.
Di Negeri Sembilan, gabungan berkenaan cemerlang menguasai 31 kerusi manakala lima lagi dimenangi Perikatan Nasional (PN).
Pulau Pinang pula menyaksikan, PH-BN dengan penguasaan 29 kerusi manakala PN hanya 11 kerusi.
PN sapu bersih kesemua 32 kerusi di Terengganu.
Sementara itu PN menakluk 43 kerusi di Kelantan. Hanya dua kerusi menjadi milik gabungan PH-BN di negeri tersebut.
Di Kedah, PN memberi kejutan apabila menang 33 kerusi, cuma tiga kerusi menjadi milik PH. – Jurnal