Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh seolah-olah memberi bayangan untuk kembali berpolitik.
Nik Abduh pada petang Selasa memuat naik hantaran di Facebook memberitahu dia sudah ‘berbuka puasa’.
“Saya berbuka puasa. Payah puasa politik rupanya. Kelat mulut,” tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut meminta Nik Abduh kembali meneruskan perjuangan politik bagi menyambung legasi arwah bapanya, Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nik Abduh pada minggu lalu mengesahkan ‘berpuasa’ dan berehat daripada politik tanah air untuk satu tempoh.
Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook miliknya.
BACA: Nik Abduh Umum ‘Puasa’ Daripada Politik, Mohd Yaakob Anggap Isu Selesai
“Saya berpuasa dan berehat daripada politik tanah air untuk satu tempoh. Ia tempoh paling sukar untuk saya dan bonda.
“Semoga Pas bertambah gagah dengan kepimpinan terbaik untuk memacu masa depan negara,” katanya. – JURNAL