Penutupan Jalan Sungai Besi menghala ke Sungai Besi dan Petaling Jaya (berhadapan Fraser Business Park) dan Bulatan Loke Yew yang dijadual bermula esok ditangguhkan, menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
DBKL dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pengguna jalan raya di laluan berkenaan boleh melalui laluan tersebut seperti biasa.
“Kenyataan media bertarikh 1 Ogos 2023 oleh DBKL mengenai penutupan jalan tersebut yang dijadualkan bermula (esok) 5 Ogos 2023 hingga 4 Ogos 2024, adalah dibatalkan,” menurut kenyataan itu.
BACA: Jalan Sungai Besi, Bulatan Loke Yew Dan Bulatan Pudu Ditutup Setahun Mulai Sabtu Ini
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak memaklumkan tempoh penangguhan penutupan laluan tersebut.
Sebelum ini, DBKL melaporkan penutupan laluan di ibu negara itu ditutup selama setahun bagi membolehkan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew. – JURNAL