Twitter kini dikenali sebagai X selepas pemiliknya, Elon Musk membuat penjenamaan semula baru-baru ini.
Musk sebelum ini memaklumkan akan menggunakan logo sementara ‘X’ menggantikan logo burung biru Twitter secara berperingkat.
Sungguhpun menerima pelbagai kecaman, Musk nampaknya tidak berganjak dengan keputusan yang telah dibuat.
Malah, Ibu pejabat X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter di San Francisco, Amerika Syarikat disinari dengan logo baharu itu pada Sabtu lalu.
Our HQ in San Francisco tonight pic.twitter.com/VQO2NoX9Tz
— Elon Musk (@elonmusk) July 29, 2023
Logo itu bagi menggantikan logo ikonik burung Twitter dalam usaha penjenamaan semula laman sosial milik bilionair, Elon Musk.
Sebelum ini, Musk menciap ucapan selamat tinggal kepada jenama Twitter termasuk logo burung.
Twitter yang diasaskan pada 2006, telah menggunakan lambang burung biru dan diiktiraf di seluruh dunia selama lebih sedekad. – JURNAL