Pada hari ini dalam tahun 1962, DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung berkenan melantik Ismail Mohd Ali (belum peroleh gelaran Tun) sebagai Gabenor Bank Negara Persekutuan Tanah Melayu.
Beliau merupakan warganegara pertama dilantik menjawat jawatan tersebut.
Perlantikan ini dibuat setelah Datuk W.H. Wilcock menamatkan perkhidmatannya setelah memegang jawatan tersebut dari 26 Januari 1959.
Beliau merupakan pegawai dari Reverse Bank, Australia dan telah dipinjamkan untuk berkhidmat dengan Bank Negara selama tiga tahun.
Ismail Mohd Ali merupakan seorang Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam, yang dipinjam bagi tempoh lima tahun mengikut undang-undang Bank Negara.
Beliau pernah memegang beberapa jawatan penting antaranya Pengarah Eksekutif International Bank for Reconstruction and Development, Washington, 1958-1960.
Perlantikan beliau ini merupakan langkah permulaan untuk memenuhi dasar bank dan kerajaan bagi menggalakkan penglibatan penuh warganegara khususnya Bumiputera di lapangan Pengurusan Bank. – JURNAL
Sumber : ARKIB NEGARA MALAYSIA